? ??????????????Blue Flower Shadow? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (70 Ratings)??97 Grabs Today. 17470 Total
Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????The Gift? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??96 Grabs Today. 1590 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Live, Love, Laugh? ????? ?????? ???Rating: CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, May 12, 2009

Bosannye!!! vs bestnyeee!!

Memang betul kate sume..duk umah bosan..
tapi pade aku best sangat..
sebab semenjak duk umah ni aku asyik dapat duit dari mak an abah je..=)
tak tau sebab ape ntah..
abah n mak suke je bagi wit kat aku..
tapi aku x bazirkan pon..
xde makne nak g soping2 nih..
aku nak simpan kot..
wat ibu duit.haha..
tapi lagi seminggu aku nak start keje..
sambilan.. aku nak try coz da lame sgat x keje..
hehe..wish me luck!

Friday, April 17, 2009

=( the end of frenship??

tinggal Lagi seminggu je kat sni..
ntah ape yg akan jdik pas ni?!
saye harus meninggalkan kwan2 yg saye cinte..
kampus UPM yg saye tak bole nak lupe..
teringat saye mase pertame kali berjumpe ngan kwn2..
indah betul..x dapat saye gmbarkan..
kitorg jalan2..gelak2 same2..
tapi skarg da xde lagi..=(
Saye tau kitorg da xkan mcam dulu lg..
xkan dapat gelak2 mcam dulu..
i really miss da time!!
bile kite akn besame2 semula???
Pliz answer me all my dear frenz..huhu
I really miz u all..
forgive me if i hurt u..
its a thing to attract u..
doesn't mean 2 leave u..
bcoz i really appreciate the things we call...
FRIENDSHIP!!!!

Wednesday, April 8, 2009

KETIKA DAN KALIMAT; BAHASA DALAM MULTIMEDIA, SATU PEMBAWA WADAH ILMU




Aku sendiri tak tau ape yang nak di tulis ni. Tiba-tiba je kena wat esei 10 muka surat.Huh! Macam batu 100 kilo ada kat kepala ku ni ha.. Tapi tak pe, hidup mesti diteruskan, perjalanan masih jauh, aku gagah kan juga jari jemari ku yang tirus ini untuk menaip. Tapi nak tulis ape ntah. Aku bosan letih..tensionnye!!! Nasib baik la ada rumet yang menenangkan daku. Thanx rumet. Haha dia pun 2x5 gak cam aku. Sibuk memanjang. Tapi die rilex je aku tengok. Atau lakonan semata-mata haha. Eh apo yang aku cakap ni. Sorry rumet tak pasal-pasal ko terlibat sama dalam ini cerita. Nanti jangan lupa letak watak aku dalam projek ilmiah ko eh.hehe. Kisah ini bermula apabila lecture multimedia mengarahkan semua anak didik beliau agar menulis esei yang aku sendiri tak tau untuk apa. Tapi kami sebagai anak hanya menurut perintah. Tak baik melawan kata orang tua kan. Kubiarkan pena menulis, meluahkan hasrat dihati, moga terubat segala keresahan dijiwa. Tapi sebenarnya memang aku tak suka nak menulis saat akhir camni! Serabut!! Huhu
First day aku masuk ke kelas multimedia. Ntah apa yang bestnye dengan kelas ni aku sendiri tak tau. Bila dengar je subjek multimedia ni, aku rasa macam taku je, tak tau lah kenapa. Orang cakap kelas ni best. Tapi bagi aku best ke tak kena laluinya dulu lah. Aku sebenarnya bukan minat sangat dengan multimedia ni.aku benci sangat bab-bab komputer ni. Sebab tu lah aku ambik bahasa. Haha. Hari pertama masuk kelas ni aku dah pelik, bukan pe. Masuk-masuk je kelas ni cam huru hara semacam.Mana taknya, lecturer ni aku punye supervisor, Dr. Normaliza. Aku memang kenal betul dengan dia. Almaklumlah…supervisor..heheAsyik bercerita sampai lupa nak letak nama kelas. Kelas Bahasa dan Multimedia ni beroperasi di bilik Jauhari. Siapa pelajar FBMK yang tak tau di mana bilik ni, alamatnya memang seorang yang tidak peka dengan keadaan fakulti bahasa . Subjek multimedia ni setiap minggu ada satu kelas je. Dua jam dan satu jam lagi ada tutorial. Kelas bermula pada hari rabu pukul 12.00 tengahari. Berbalik pada cerita first day aku di kelas multimedia. Dengan perasaan yang meluap-luap untuk mengetahui apa itu multimedia kami dikejutkan dengan ketegasan lecture Dr normaliza. Terkezut gak aku masa tu. Tapi nak nampak macho nye pasal aku wat selamba je huhu. Ni ke yang dikata kan best tu. Aku pujuk diri ini agar bersabar. Tapi aku respect la kat Dr Normaliza ni. Beliau mempunyai tahap pendengaran yang amat tajam. Sampaikan bunyi budak-budak ni main pen pun dia tau. Semasa beliau mula mengajar dengan menggunakan slide di depan, satu lagi perkara baru yang aku belajar. Selalunya kita dibenarkan menyalin nota-nota yang terdapat pada slide. Tetapi berbeza pula dengan Dr Normaliza ni.
Dia tak benarkan pelajar menyalin. Tetapi menyuruh pelajar dengan hanya mengambil gambar slide dengan menggunakan kamera ataupun kamera handphone.Aku pelik juga pada mulanya. Tetapi selepas dia menerangkan bahawa nama pun kelas multimedia. Mestilah praktikkan apa yang berkaitan dengan multimedia. Hahahaha. Aku pun tak terfikir pulak pasal tu. Memang logik la dia buat cara camtu. Lagi satu dapat jimatkan masa. Dr ni dahlah seorang yang cerewet tentang masa. So memang sesuailah cara ini dilaksanakan. Nampak gayanya memancar-mancarlah flash dari kamera yang mengambil gambar.

Bercakap pasal masa, Dr Normaliza seorang yang sangat menepati masa. Manakan taknya, tepat pukul 12 tengahari, semua mesti ada kat dalam kelas. Sape-sape yang lambat mesti kene ambik nombor matrik dan disoal siasat Aku pun ape lagi. Habis je kelas sebelumnya, cepat-cepatla aku merebut kerusi. Nak depanlah konon. Tak nak kene ambik nombor matrik..hehe lawak kan? hehe

Dalam kelas ini juga kami diarahkan untuk membuat kumpulan. Setiap kumpulan mesti ada sekurang-kurangnya 6 orang. Aku bab wat kumpulan ni yang aku lemah. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancer. Geng aku yang berenam ni memang best n sronok je kalau bersama. Acap selaku ketua, aku, Yaya, Adda, Gading n Diana. Team ni memang selalunya ke depan sikit berbanding team lain. Tak caye tanya Dr..hehe = )


Sebelum meninggalkan kelas Dr Normaliza sempat meninggalkan pesan bahawa pada kelas yang akan datang ada buat aktiviti. Barang-barang yang perlu dibawa akan ditampal di depan bilik beliau. Aku bab buat aktiviti ni yang aku suka. Tak la bosan sangat mendengar syarahan hehe.Tapi aktiviti macam mana pulak ni? Hehe Check it out nanti ye..Subjek multimedia ni memerlukan kami untuk menghadiri tutorial. Kalau nama da tutorial ni mesti ada markah kan. So tak boleh la nak ponteng. Aku pun pergi isi nama kat depan bilik Dr normaliza. Kat situ ada tertampal tiga helai kertas bermakna ada tiga hari tutorial. Nak pilih hari pun aku pening huhu. Biasalah tak cukup corum haritu. So, aku pun pilih lah hari Khamis pukul 5 hingga 7 malam. Petang tu beb. Tapi ada gak yang terlepas pandang sebab diorang ingatkan kelas tutorial tu tengahari huhu. Nasib baik lah aku ada tuk menyedarkan mereka dari mimpi indah huahua. Pesanan untuk kawan-kawan, sebelum isi sila baca ayat yang tertera di atas kertas tersebut ye. Nampak gayanya kelas aku hari khamis ni agak relax, tapi memenatkan.
Terpaksa berkorban sikit memanjat bukit nak naik bas dari kolej.huhu letih..

Tutorial ku diajar oleh Cik Aliaa, cute orangnya, bagi markah lebih ye, dah puji ni haha. Hari pertama tutorial aku jadi bosan. Aku bertiga, Yaya n Adda terlepas pandang. Datang lambat. Fuh! Kecut perut. Terpaksa berbahas sekejap dengan Cik Aliaa yang serius mukenya ni..Aku terpaksa berebut tempat dengan diorang. Last-last dapat tempat yang depan sekali. Wah! Lagila bingung kepala aku ni ha..tapi takpe aku gagahkan jugak..terpaksa..
Hari pertama ni aku belajar tentang powerpoint. Dalam powerpoint ni nanti mesti ada gambar tentang tajuk yang kita wat. Pada mula nya aku nak wat tentang tanah runtuh yang berlaku kat bukit Antarabangsa tu, tapi memandangkan ramai pulak yang wat tajuk hampir-hampir nak sama, so aku dengan tension pun tukar tajuk baru. Ha ni yang masalah ni, kalau nak pilih tajuk ni yang aku tak berapa nak expert la. Fikir punye fakir dapatlah satu tajuk tentang dunia fesyen skarang. Aku pun buat je la.


Sebenarnya aku main letak je. Nak sedap kan hati punya pasal. Sebenarnya terus-terang aku cakap sebelum ni aku memang tak berapa tau sangat camne nak guna powerpoint ni, just nak wat tugasan biasa reti la. Tapi kalau nak wat pusing-pusing atau timbul kan gambar tu memang aku tak tau. Ha tu lah bagusnya belajar subjek multimedia ni. Apa yang aku tak tau dulu, kini dah mula tau sikit-sikit, walaupun tak berapa hebat. Sekurang-kurangnya kalau orang suruh wat tu aku tak lah tenganga je.

Ni cerita pasal dalm kelas multimedia pulak. Minggu ni setiap kumpulan diarahkan membawa kertas keras warna hitam saiz A4 sebanyak lima keping, majalah yang terpakai, gunting, gam, dan tali riben. Ntah nak wat apa lah Dr Normaliza ni. Rasa macam subjek pendidikan seni masa zaman skolah dulu pun ada hehe. Tapi tak kisah lah semua tu. Asalkan aku tak boring bila berada dalam kelas tu. Perasaan ingin tau semakin meluap-luap dalam diri untuk mengetahui aktiviti apakah yang bakal aku dan yang lain lakukan hari itu. Sebelum tu aku nak bagi tau nama kumpulan aku ialah Gema Genderang. Ha best giler kan nama aku? Tapi name ni la selalu Dr gelakkan..hehe dah lama sangat kot nama ni..hehe
Memang pada mulanya aku pun nak gelak gak bila dengar nama tu. Apa ada pada nama kan. So aku wat dek je la. Yang penting kumpulan aku semua power-power haha. Memang power pun..hehe terpuji lebeh la pulak ek..
Akhirnya saat yang ditunggu pun tiba. Kami telah diterangkan oleh Dr bahawa aktiviti hari tu adalah untuk membuat kesesuaian gambar yang diambil dari majalah kemudian di tampal pada kertas keras dan di gantung dengan menggunakan tali riben. Cantik gak bila dah siap tu. Tujuan aktiviti ni dibuat adalah untuk melihat bagaimana kita dapat menghasilkan satu papan iklan yang boleh diterima dan sedap mata memandang. Bukan main ambik je pastu tampal.Yang paling penting, gambar mestilah ada cirri-ciri multimedia yang betul.

Aktiviti ni memupuk semangat kerjasama antara kami dalam kumpulan. Masing-masing telah diberikan tugas. Apa yang tension nye kelas ni , aktiviti yang dibuat pada hari tu mesti disiap kan dalam kelas juga. So kami semua bekerja dalam tekanan jela., marah pun ada masa tu. Tapi masing-masing aku tengok kusyuk buat kerja. Sampai nak senyum pun tak mampu. Sebenarnya Dr nak latih kami supaya bersedia untuk berada dalam tekanan kerana apabila bekerja kelak kami akan biasa dengan situasi ini. Semua yang Dr ni wat mesti ada relevannya. Boleh kata betul jugak kata Dr ni..


Setelah siap aku dan yang lain semua rasa lega sebab dapat siap kan kerja dalam masa yang ditetapkan. Walaupun agak kelam kabut gak masa tu, sebab masa tinggal beberapa minit je lagi. Yang penting hasil yang kami buat adalah yang terbaik, sesegar mata memandang!! Ceh!


Nampak gayanya aku dah mula seronok dengan subjek ni. Mula-mula dulu memang lah aku tak berapa suka. Tapi bila tengok kelas ni ada je aktiviti, aku pun berminat la. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Mulanya aku tak caya pun. Tapi bila dah kena batang hidung sendiri, ha ambik kau. Walaupun tension kelas ni tapi tetap best. Ada aura tersendiri.

Lepas kelas multimedia tengaharitu, esok pulak ada tutorial. Dahlah kelas ni tak boleh lambat. Kalau lambat memang tak boleh masuklah jawabnya. Kelas bermula kul lima petang. Aku memang xde keje lain sebelum tu kecuali tidur la..tu yang macam kelam kabut je.. Tapi sempat je aku sampai tepat pada masa nya. Fuh macam tak caya je haha. Ye lah nak seribu daya tak nak seribu dalih kan. Nampaknya aku telah mempraktikkan peribahasa tu dalam hidup aku.Untuk hari ni dalam tutorial, kami hanya sambung kerja membuat powerpoint yang masih tak siap lagi. Aku banyak tengok budak-budak ni punya kerja dulu pastu baru aku wat. Gempak gak powerpoint diorang ni. Tercabar pun ada gak.. Kat makmal ni lah aku nak cari gambar-gambar yang sesuai untuk tajuk aku. Sebab kat makmal ni line internet laju skit. Kalau wat kat kolej memang susah la. Line lembab gila. Tension tau tak..

Sebelum tu aku nak bagitau yang kelas tutorial ni kat makmal komputer yang terletak di Sanggar Bahasa. Kelas ni kalau petang hari memang agak menyeramkan hehe. Bukan lah nak cakap yang aku ni penakut, tapi kurang berani je. Ye la dahlah kawasan tu gelap pastu dekat ngan kawasan perkuburan Islam dan jirat cina. Kalau orang yang berani pun boleh takut. Apa yang aku tau kenapa kubur tu berada dalam kawasan Upm, sebab ramai student yang tertewas dalam pengajian di Upm ni dan dikebumikan di situ. Sebab susah sangat kot subjek kat Upm ni huahua. Oit itu semua hanyalah rekaan aku aje. Takde kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jangan pandang belakng. Teruskan baca..heheAku memang jarang ada kelas yang di buat waktu petang camni.
Seingat aku ada sekali je, tupun kelas ganti. Best ke kelas petang. Ntah lah biasa je aku rasa cuma yang membezakan hanyalah malam dan siang, tu je. Dalam kelas aku ni tak ramai yang datang dengan kenderaan sendiri. Kebanyakkan nya datang dengan bas. Ini satu hal lagi. Aku hangin tul ngan pemandu bas ni. Tu la kadang-kadang aku terlambat pegi kelas tu..
Semuanya mengular lebey..hehe kalau diorang tau ni abeh aku kene lepuk..haha
Kelas bermula pukul 5. Kalau pukul 5 baru nak gerak, kul brapa lak nak sampai kelas kan. Nanti bila sampai kelas, kena marah dengan lecture. Walaupun berbagai alasan yang diberi namun semua itu tidak diterima. Kesian kawan-kawan aku dan aku. Tapi de jugak yang datang awal ke kelas. Hanya aku je yang faham situasi ini. Lecture memang tak tau pun sebab mereka tak nek bas dan tak merasai situasi tu. Aku agak je huhu. Tapi kawan-kawan jangan la wat selalu ok. Adoi, aku kalau wat powerpoint ni memang lambat. Tapi akan siap juga akhirnya. Kalau kat kelas memang tak siap la. So wat kat bilik ler. Aku kumpulkan gambarbanyak-banyak, nanti senang terus masukkan je. Dahla kene bentang nanti.

Masalah aku bile tengok dak lain ada yang dah siap aku mula la gelabah huhu. Tapi tu tabiat biasa manusia kan. Banyak lagi aku kene merepek ni nampaknya. Harap-harap dapatla aku siap kan kalimat-kalimat yang bakal menjadi azimat pada yang membaca azimat ni nanti. Fuhh banyak lagi nak kena taip ni. Jari-jemari ku ini dah lenguh. Ni baru dapat enam page. Apa yang aku nak melalut lagi ni.Minggu seterusnya, memang aku tak sabar nak masuk kelas. Bukan tak sabar sebab nak tunggu belajar pe aritu. Tapi tak sabar nak cop tempat haha. Ni satu lagi undang-undang lam kelas ni. Yang pertama tak boleh masuk lewat. Tepat pukul 12 tengahari je mesti dah kena ada lam kelas. Ataupun tak boleh masuk selepas lecture dah sampai. Siapa insan malang yang gagal menghadirkan diri tepat pada masanya. Hahahaha memang tak dapatla nak tolong. Kau dengar lah leteran yang berbisa dari Dr ye. Aku tak sanggup nak dengar. Sebenarnya bagus gak Dr wat undang-undang camtu. Kalau tidak kul 12.30 pun ada yang baru terhegeh-hegeh nak datang nanti. Ha kepada yang selalu lambat tu, untuk kelas Dr Normaliza ni sila lah ubah diri anda ok. Ini mengajar kita untuk tepati masa.Undang-undang seterusnya pulak pasal tempat duduk, Dr memang pantang bila tengok ada orang yang duduk di belakang. Padahal masih ada lagi kerusi yang kosong di depan. Pasal ni pun nanti beliau akan berleter untuk beberapa minit. Selepas tu semuanya dah faham sangat dengan cara Dr ni mengajar. Bila aku berada dalam kelas ni. Aku rasa berdisiplin skit. Bukan pe, takut kena leter je huhu. Sorry Dr, dah banyak dah tulis pasal Dr ni. Tapi ni bukan nak tegur or apa. Ni sekadar luahan je. Memang baguslah Dr wat undang-undang camtu. Baru best huhu.Minggu ni Dr suruh bawak satu laptop untuk setiap kumpulan. Ada aktiviti lagi la ni kan. Aktiviti minggu ni adalah menulis esei 8 muka surat.
Mesti ada lapan muka surat dan hantar haritu jugak. Ha kan aku dah cakap, mesti kena hantar masa tu jugak. Dah la lapan muka surat. Namun semua terus membuat apa yang telah disuruh. Takut tak sempat siap lak kan. Seperti biasa tugas-tugas telah diberi. Masing-masing mula lah menyibukkan diri dengan kerja. Satu je yang selalu bermain dibenakku setiap kali aktiviti seperti ini berjalan. Sempat ke siap sebelum pukul dua. Aku rasa bukan aku sorang yang berfikir begitu,tapi hampir seluruh pelajar akan berfikir seperti itu. Yela, cuba bayang kan wat esei 8 muka surat dalam masa dua jam. Memang lah ramai kepala dalam kumpulan tu tapi bila dah kena wat kerja secara tekanan begitu mestilah masing-masing kekeringan idea kan. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, siapa yang tak tau maksudnya boleh lah cari dalam buku ye. Kumpulan Gema Genderang akhirnya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun isinya tidak seberapa tetapi kami yakin itulah hasil yang terbaik kami berikan.Cerita pasal powerpoint ni, memang jadi pengajaran la kat aku sebab suka tangguhkan kerja. Tanguh punya tangguh hampir-hampir tak siap kerja aku sebab hari tersebut nak bentang. Nasib baik kelas tutorial petang tu. Balik je dari kelas pukul 2 tu aku terus buat. Memang kerja dalam tekanan huhu. Tu yang aku praktikkan apa yang telah dilalui dalam kelas. Masa tinggal beberapa jam je lagi. Bayangkan lagu pun aku tak tau nak letak lagu apa masa tu. Aku hanya mampu berdoa dan berusaha sedaya upaya aku untuk siap kan powerpoint sebelum kelas malam tu. Kata orang kalau buat kerja las minit ni semua tak jadi. Tapi aku berjaya menidakkan teori tu, huhu. Alhamdulillah hasil kerja ku yang last minute tu agak menarik juga selepas di masukkan lagu. Aku gunakan lagu Shiela Majid kegemaran aku tu. Sesuai dengan tajuk aku iaitu revolusi fesyen.

Petang tu aku antara yang takut-takut tak dapat nak mainkan powerpoint yang aku dah wat bertungkus lumus sebelum g kelas tutorial ni. Aku dan yang lain cepat-cepat pindahkan powerpoint aku tu pada desktop komputer pada meja Cik Aliaa. Selamat Cik Aliaa dating lambat sikit petang tu. Nasib baiklah kitorang semua sempat pindahkan. Aku antara yang terakhir jugak mainkan powerpoint tu. Mana taknya nombor matrik pun nampak sangat jauhnya. Tapi aku dapat wat dengan jayanya. Ada jugak masa tu yang tak dapat nak mainkan powerpoint diorang. Belum-belum dah kena reject..hmm kesian diorang tak dapat markah..tak dapatla den nak nolong eh..

Kawan-kawan yang lain pun teruskan persembahan diorang samapai abis masa. Petang tu kitorang sekelas balik lewat sebab kena menunggu sampai yang lain abiskan semuanya. Sampai bilik dalam pukul lapan. Tergesa-gesa siapkan diri sembahnyang Maghrib dan baca Yaasin. Haa..ni la aktiviti aku setiap hari Khamis. Bile tibe malam je jadual padat..hehe

Kalau dah ambik kelas multimedia, tak sah kalau tiada subjek yang menggunakan kamera. So hari ni lecture suruh bawa kamera. Mungkin nak ambik gambar aku rasa. Tapi tak tau lah gambar apa sebab Dr Normaliza tak cakap lagi. Sebelum memulakan aktiviti pada hari tu. Dr mulakan dulu dengan memberi kuliah. Ha masing-masing mula mengeluarkan kamera tuk ambik gambar slide. Tajuk kuliah hari tu adalah tentang web site. Memang macam-macam lah tentang istilah dalam web yang aku tak tau. Antaranya yang sempat aku dengar iaitu downloading, hyperlink, url, portal dan macam-macam lagi lah yang sebelum ni aku tak pernah dengar.Ha ni satu lagi kesukaan Dr Normaliza, selepas bagi kuliah mesti akan ada kuiz tentang tajuk yang belajar tadi. Tujuan adalah supaya pelajar mengambil perhatian semasa beliau memberi kuliah. Cara kuiz ni di jalankan dengan Dr memberi soalan dan memanggil nama kumpulan untuk menjawab. Tetapi jika salah seorang dari ahli kumpulan tu lambat bangun. Memang tak dapat lah menjawab. Dan kumpulan lain lah yang dapat soalan tu. Huhu memang dalam tekanan kelas ni.Selepas dari tu barulah aktiviti seterusnya. Kami diminta untuk mengambil gambar yang bersesuaian dengan peribahasa yang kami pilih sendiri. Nak ambik gambar pun kena ada peribahasa ke. Satu lagi pelajaran baru aku belajar hari tu. Gambar yang telah diambil nanti mesti di bentangkan dalam powerpoint untuk kelas akan datang. Dalam masa satu jam kami semua bertebaran di kawasan fakulti untuk mengambil gambar. Aku tengok bermacam-macam jenis kamera yang ada. Tapi tak kisahlahkan. Kami ni kira tahap amatur lah dalam bab ambik gambar ni.


Bermacam gaya yang keluar bila dah berdepan depan kamera ni. Huhu. Memang kreatif lah diorang ni kalau bab peribahasa ni. Macam-macam skil, posing maut pun ada. Namun kumpulan Gema Genderang tetap maintain. Kami ambik je gambar dulu. Mana yang sesuai kami akan ambik dan masukkan dengan peribahasa yang sesuai. Tapi bukannya mudah untuk menghasilkan gambar yang bertemakan peribahasa ni. Boleh jadi gilo den kahkah.Kelas tutorial sudah beberapa minggu berlalu. Kami akan membuat kalendar, web kami sendiri dan blog. Dalam banyak-banyak kerja ni. Buat kalendar lah yang paling aku suka. Bagi aku ini suatu yang baru untuk aku pelajari. Selama ni asyik tengok calendar yang kat kedai je. Dah lah ntah gambar apa yang diletak. Untuk calendar ni kami disuruh supaya meletakkan gambar tema.Aku buat tema serangga yang pernah aku kenal la sepanjang hidup ni. Dan hasilnya memang aku sangat-sangatla menyukainya.

Proses tuk buat kalendar ni bukan lah senang seperti yang ku sangka. Untuk membuat kalendar ni aku menggunakan adobe photoshop. Mula-mula buat memang lah tak faham sebab ianya memerlukan kita membuat beberapa layer didalamnya. Aku pun pening pada mulanya. Tapi nasib baiklah ada kawan-kawan yang sudi membantu. Terima kasih kawan. Jasa kalian tidak akan aku lupa huhu. Begitulah hidup sebagai student ni. Hidup mesti tolong menolong. Jangan sombong diri kelak diri akan rugi.~credit to Alip~Dalam kalendar ni aku letak banyak gambar serangga. Gambar ni bukan main letak sesuka hati je. Tapi kena cut dulu. Masa nak cut gambar nil ah aktiviti yang memerlukan kesabaran yang lebih sebab kalau tidak berhati-hati gambar tu nanti tak cantik pulak. Aku kalau wat kerja perlahan-lahan ni memang anti skit. Ye lah lambat kan. Tapi demi mendapatkan hasil yang terbaik, kuturutkan jua. Kawan-kawan aku punya kalendar memang gempak-gempak la. Bagus kawan-kawan ku. Teruskan perjuangan ok.Selepas siap semua kalendar tu aku hantar cetak kat Syarikat Perniagaan Serdang. Semua budak print kat situ. Kayo lah towkey tu. Apa taknye satu kalendar dia caj RM 27.00. kalau di darab dengan 80 , tak ke kayo huhu. Pakcik kayo. Tapi tak kisahlah yang penting kalendar aku siap. Dan hasilnya memang memberangsangkan. Diorang cakap kalendar aku memang boleh buat jual. Macam yang dah siap ada kat kedai. Tapi hello…aku memang buat sendiri tau tak..siang malam asyik mengadap sampai makan pun aku dah tak lalu tau. Tapi nak wat camne demi kursus yang bermanfaat ni aku gagahkan jugakla..

Hari ni adalah hari pembentangan untuk hasil kerja yang telah dibuat pada minggu sebelumnya. Memang menariklah. Diorang ni memang kreatif kalau buat benda-benda camni. Lawak pun ada. Ye la bila dah gunakan peribahasa yang pelik, gambar pun mesti pelik gak kan haha. Tak kurang gak dengan kumpulan aku. Bermacam-macam gaya yang telah di praktikkan untuk membuat seperti peribahasa yang telah dipilih. Duri dalam daging dan berat mulut.

Akhirnya sampai jugak aku hingga muka surat terakhir. Macam tak percaya pulak hehe. Dah bermacam-macam yang telah aku tulis dalam ni. Semua ni ikhlas dari hati ini. Tidak terniat dihati untuk mengata apatah lagi untuk menghina. Kita hambaNya yang lemah tidak lepas dari melakukan kesalahan. Cuma bezanya sama ada kita hendak mengambil iktibar atau tidak dari apa yang telah berlaku. Tiada yang sempurna melainkan Dia. Kepada rakan-rakan seperjuanganku. Hanya tinggal beberapa hari saje lagi kita akan meninggalkan kampus hijau ni. Pahit maung telah kita rasa bersama. Apa yang aku harapkan janganlah dibuang kenangan kita bersama. Kenanglah ia bila kau teringat kisah dulu. Ia akan menjadi memori yang paling bermakna. Kepada Dr Normaliza , Dr Arba’ie, cik Alia terima kasih kerana mengajar daku untuk terus meminati multimedia. Segala tunjuk ajar kalian tidak akan ku lupa sampai bila-bila. Terima kasih semua!!

Buat Dr Normaliza yang merangkap penyelia Projek ilmiah, terima kasih atas segala tunjuka ajar dan desakan yang bertalu-talu. Atas desakan itulah aku belajar untuk bersabar dan menitiskan airmata yang paling berharga.
Doaku buat kalian agar semuanya gembira dan sentiasa dilindungi. Moga Tuhan membalas segala yang dibakti..

Terima Kasih semua!!



















Saturday, April 4, 2009

CeLaRu!!!

Emm..arini celaru betul..
penat melayan otak yang smakin krem ni..
da tak leh nak fikir ape2 da..
yang penting dapat settlekan n grad secepat mungkin..
huhu help me..im in da rushing!!!

tapi bile tgok muke bear ni aku tegelak sorang2..
die ni steady je..x yah pikir nak study n rushing 4 evrything..
kan ke bagus aku jadik die..kan?
Bagus??? =p

Friday, April 3, 2009

SyUkUr...=)

KenAngaN BerSaMa


Ni lah gambar kenangan aku dengan Siti Jasmina Ibrahim. Masa ni aku dengan yang lain lepak-lepak dengan dia dekat Mid Valley. Siti Jasmina ni orangnye rendah diri, sopan, tutur kata sopan sangat. Aku dan yang lain suke ssangat pada dia. Cantik satu lagi..hehe
Kat bawah-bawah ni aku ade sertakan novel-novel yang dia karang. Harap korang pegi la beli novel-novel dia. Mesti korang rasa syok sangat! hehe
Ape2 pun, kenangan aritu memang suatu yang menggembirakan aku dan yang lain. Cuma terkilan sikit x dapat jumpa Khir Rahman~ suami die..=)

TrILogi CinTa


Dengan cinta, ikatan lestari meniti generasi.
Trilogi Cinta kisah survival tiga generasi menyatu dalam seni, memaknakan erti seni-terapi sukma yang menemukan peribadi dengan diri.
Umi Citra Cempaka, gadis yang senyumnya direnggut duka. Keluarganya pecah: Ibunya dalam pengasingan, ayahnya sendirian, datuk dan neneknya sudah berpulangan. Dengan cinta, dia kutip serpih duka dan dengan seni, diikatnya menjadi jitu.
Oleh cinta, di tangan Cempaka seni begitu dinamis, praktis-menterjemah olak duga, menyirna lara.

HaTinYa di HujUng Jari


Hatinya di Hujung Jari by Siti Jasmina IbrahimTerbitan K PublishingZa kehilangan ibunya pada hari lahirnya yg ke sembilan. Dia bencikanbapanya yang tidak jemu menabur janji. Dulu bapanya pernah berjanjiutk mengambilnya di sekolah tapi hingga lewat petang dia takmuncul-muncul yg muncul 3 lelaki yg mengaku orang2 ayahnya yg disuruhmembawanya pulang. Instead dia dibawa ke gudang lalu diperkosa. Zamembesar dgn rasa benci pada ayahnya. dia lebih byk menyendiri tapidia bijak dlm pelajaran. Kehadiran man mengusik hatinya yg halus.Wajah jujur itu menjadi lakaran kegemarannya. Man mempunyai komplikasitersendiri. Dia boleh merasa kesakitan/kekecewaan wanita. Dia terpaksamengambil ubat penenang utk meredakan dirinya. pertemuan dgn zamencuit hatinya akhirnya gadis itu meluahkan segala kisah hitamnya utkdikongsi dengan Man.Cara penceritaan cukup berbahasa dan sangat jelas, mudah difahamiwalaupun ada diselitkan kisah2 mimpi yg selalunya mengelirukan, bagisaya mudah utk membayangkan mimpi yg dialami oleh Za. Saya mudahmenghayati kisah ini dan memang tngkap nangis la part Za mengenangkisah lalu yg ditutup rapat dlm hatinya. Ceritanya tak lah panjangsangat, sekitar 250 muka surat saja tapi cukup utk meninggalkan kesankpd pembaca.sure fine whateverRinnSinopsis belakang buku:Aku terpaku sendirian di atas sejadah. Tanpa kusedari, air mata syukurmenitis ke pipi. Berapa besar rahmat Allah, betapa sempurnanyamakhluk-makhluk ciptaan Allah. Mereka sebenarnya saling mengertiperasaan manusia yang lebih banyak melupakan dan tidak ingin mendekatimakhlu-makhuk lain di muka bumi ini.Melihatkan serindit itu terbang bebas di langit biru, membuatkanhatiku juga berasa bebas dan aku sebenarnya boleh bebas dan dilihatindah sepeerti serindit itu. Aku damai memikirnnnya. Aku senang sekali.Baru aku sedari, aku sudah terlalu lama menghukum diri danmensia-siakan usia yang hanya datang sekali. Tidak ada masa silam yangdapat diputar kembali dan diubah. Yang lepas sama ada pahit ataumanis, biarkan tinggal sejarah dan hanya bertugas sebagai pemangkinuntuk kita jadi lebih matang dan bijak.

6.20


Sekumpulan anak muda berpakat dalam senyap memperjuangkan satu gagasan. Mutlak. Ruang Sepi di Kelab WX2 menjadi stesen pertemuan, mengatur agenda. Licik dan bertenaga. Ahlinya adalah yang terpilih, terlatih, malah intelek belaka.
Sifat ingin tahu Sukma telah membuka satu per satu rahsia di sebalik gagasan itu. Sukma mencantumkan setiap ruang dan waktu sebagai alamat pemecah kebuntuan. Kehadiran tetamu misteri setiap jam 6:20 membawa penemuan demi penemuan. Tanpa disedari keluarganya terangkul dalam misteri itu.
Novel ini memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005.

Thursday, April 2, 2009

TinTa Emas SitI JaSmiNA

OmBaK SfeRa LotuS

Sepertinya ombak, dia akur kepada hukum alam. Hidupnya adalah alun yang mesti diteruskan, biar berkocak dalam gelora, walau melambung, walau digulung.
Memang dia Ombak yang tunduk kepada fitrah. sabar, tenang, tekal. Juga gelisah, marah. rindu dan kasih.
Dan di Sfera Lotus, anak-anak muda yang dijauhkan daripada firtah, hakis manusiawi. Yang dihargai hanya teknologi. Bicara lebih senang dengan skrin. santai lebih enak di luang hologram.
Dia, Ombak Sfera Lotus, akur akan hukum alam. Tidak kenal letih dan kecewa, anak-anak generasinya mesti kembali ke akar jati diri. Manusiawi tak kan terbunuh oleh teknologi.
~NoVel Ni BaguS..Nak BaCa SaMpaI Abeh, BeliLa ye..=)

AnuGerah daN PengLibatan NegAra


Mewakili Malaysia sebagai Penulis Muda.



ASEAN-COCI Youth Friendship Program Nature Hug’
di San Pablo City, Filipina pada 1998.

Mewakili Penulis Malaysia

‘Program Penulisan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), drama pentas’
di Wisma Arga Mulya, Cisarua Bogor, Indonesia pada 2000.

Mewakili Penulis Malaysia

Pertemuan Penulis Asia Tenggara- Kuala Lumpur
di Hotel Crown Princess pada 2001.

Mendapat anugerah dari KEPEZI

Penulis muda berjaya sepanjang 1998.

Gabungan instalasi seni dan cerpen.

Pameran Seni Rupa KEMBARA TENGGARA: Diari 6 Artis Muda Malaysia
di Balai Seni Lukis Negara. Gabung instalasi seni Shoosie Sulaiman dan cerpen saya bertajuk ‘Diam!’ selama 7 hari -1999.

Hadiah Penghargaan

Cerpen ‘Dunia Silam Dia’
Pertandingan Cerpen Negeri Pulau Pinang YTL- Bulan Budaya Pulau Pinang 1996.

Hadiah Penghargaan

Cerpen Umum ‘Seru Fadillah’
Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1999.

Hadiah Penghargaan

Cerpen Umum ‘Kuntum Horizon’
Hadiah Sastera Utusan Melayu 2000.

Hadiah Penghargaan

Skrip Drama Pentas ‘Cahaya Kandil Perindu’
‘Hadiah Sastera Berunsur Islam ke 9’ Yayasan Pelajaran Islam dan DBP 2000.


Tempat ke 3.

Skrip Drama TV ‘Teh, Limau Ais & Horoskop’,
Pertandingan Penulisan Cereka TV’ Finas 2000.


Tempat ke 2.

Skrip Filem ‘Kiambang Menadah Bulan’ tempat ke 2,
‘Pertandingan Skrip Filem’ Finas 2001.


Hadiah Ke 2.

Lirik ‘Rindu’, bersama komposer Shireen Jasin
‘Anugerah Komposer 1998’ TV3.


Tempat Pertama

Novel remaja ‘Trilogi Cinta’
Hadiah Sastera Utusan Melayu 2001.


Hadiah Penghargaan

Cerpen Umum ‘Kejora Perlu Rasa’
Hadiah Sastera Utusan Exxon Mobil 2002.


Peserta

Festival Sastera Perpaduan 2003
di Sabah selama 4 hari.


Tempat Pertama

Cerpen ‘Khabar Dari Jendela Omak’
Sayembara Penulisan Cerpen & Puisi PEN 2003.


Hadiah Penghargaan

Puisi ‘Rindu Bulan Semalam’
Sayembara Penulisan Cerpen & Puisi PEN 2003.


Hadiah Penghargaan

Cerpen Remaja ‘Apabila Mata Enggan Berkasih’,
Hadiah Sastera Utusan- Exxon Mobil 2003.


Tempat Ketiga

Novel Remaja ‘Ombak Sfera Lotus’
Hadiah Sastera Utusan - Exxon Mobil 2003.

Tokoh Penulis Remaja

Anugerah Sasterawan & Ilmuan Negeri Sembilan 2004.

Hadiah Utama

Novel ‘Trilogi Cinta’ memenangi Kategori Kesusasteraan Remaja Genre Novel dalam;
Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003.

Kategori Skrip Drama Pentas & Cerpen

Anugerah Sasterawan & Ilmuan Negeri Sembilan 2005.


HaSil KarYa daN PenCapaian

Cerpen

Melebihi 50 buah cerpen di akhbar dan majalah seperti Akhbar Mingguan, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Majalah Tiara sejak 1994.

Dewan Sastera, di majalah seni di Filipina dan di Mingguan Malaysia.

Puisi ‘Kembangan Impian’ dan ‘Sinar terpilih’ dibaca ketika Anugerah TV3 1994 & Anugerah Bintang Popular 2003.
Lirik ‘Rindu’ memenangi tempat ke dua dalam ‘Anugerah Komposer anjuran TV3.

4 buah lirik dari album solo Khir Rahman.

Lirik ‘ Mata Hati’, untuk teater ‘Si Pemakan Hati’ anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Seni Qalam Produksi.

Artikel seni & sastera

Majalah Tunas Cipta (Penyumbang Kolum Teater),
Dewan Sastera,
Dewan Budaya(Ruangan Seni),
Berita Harian dan
Utusan Malaysia sejak 1995.

Drama Pentas (Teater)

Adaptasi skrip monolog dari novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ karya asal Hamka.

Skrip pentas ‘Sembunyi Di Atas Noktah’, tersiar di Dewan Sastera keluaran Mac, April,Mei 2002.

Panel skrip pentas teater ‘Sita Dewi Bermimpi’ arahan Seniman Negara Hamzah Awang Mat.


Panel skrip pentas teater ‘Tun Perak’ arahan Dr. Hatta Azad Khan.


Adaptasi cebisan biografi ke pentas monolog ‘Saya Dari Hujung Kota’ karya Dato’ Noordin Hassan bertajuk ‘Tanjung Menyentuh Bulan’.


Skrip pentas ‘Si Pemakan Hati’ tersiar di Dewan Sastera Mac & April 2004.

Drama TV /
Rancangan majalah/
Dokumentari

Skrip 30 episod ‘NurHikmah’ terbitan K& S Vision.


Skrip Telemovie ‘Teh, Limau Ais & Horoskop’ terbitan Kirawang Production.


Skrip Telemovie ‘Canggih’ terbitan Kirawang Production.


Skrip Telemovie ‘Teksi’ terbitan Kirawang Production.


Skrip Dokudrama 13 episod ‘Jejak Pejuang’ terbitan Kirawang Production.


Skrip rancangan majalah wanita 13 episod WAJAH’ terbitan RTM (TV1)


Skrip Video Korporat Produk ‘Institut Biosains’-UPM.


Skrip Video Pendek ‘Nurnazam’.


Skrip Video Korporat ‘School Of Graduates’-UPM.


Skrip Video Korporat ‘Pusat Alumni UPM’.


Skrip Video Korporat ‘Institut Gerontologi’


Skrip 13 episod ‘Sutra, Bintang Yang Seribu’ terbitan Ardwerk Production untuk TV2.

Skrip dokumentari ‘SIRIH’

Skrip Dokumentari ‘Amalan Gaya Hidup: Diet & Aktiviti Fizikal’

Skrip dokumentari ‘Zapin’ terbitan Uniputra Production.

Skrip Drama TV Muzika sempena Aidilfitri 2004 ‘Syawal Datang Lagi’, terbitan SNP Production untuk RTM.

Skrip Telemovie Sempena Aidiladha2004, ‘Temukan Ertinya’ terbitan Ardwerk Production untuk RTM.

Skrip Video Korporat Imej Universiti Putra Malaysia 2005.


Skrip Telemovie Sempena Aidilfitri 2005, ‘Kalbu Unggu’ terbitan Ardwerk Production untuk RTM.


Skrip 16 episod ‘Akademi Cinta’ terbitan Excellent Pictures untuk RTM 2006.


Skrip Telemovie Adaptasi dari Novel Sastera Prof.Rahman Shaari bertajuk ‘Mufarakah’ untuk RTM.2006.

Novel

Novel kanak-kanak ‘Syariqi’ terbitan Fajar Bakti.


Novel kanak-kanak ‘Gadis di jendela’ terbitan Fajar Bakti.


Novel remaja ‘Seli Serampai’ terbitan Makruf Publication.

Novel remaja ‘Trilogi Cinta’ terbitan Utusan Publications.


Novel remaja ‘Mungkin’ terbitan Cerdik Publication.

Novel remaja ‘Hatinya Di Hujung Jari’ terbitan ‘K’ Publication.

Novel Remaja ‘Ombak Sfera Lotus’ terbitan Utusan Publication.

Persembahan;
TEATER
Pelakon

Teater ‘Uda & Dara In English’ arahan Ahmad Yatim, 1994.

Produksi
‘Paduka Oedipus’ arahan Zahim Albakri-1996.

Pelakon/Penari
Bangsawan ‘Raja Laksamana Bentan’ arahan Rahman B- 1996.

Pelakon
Mak Yong ‘Anak Raja Gondang’ arahan Seniman Negara Khatijah Awang.

Pelakon
Randai ‘Anggun Nan Tungga’ arahan Pak Dahmir dari Akademi Seni Kerawitan Indonesia.

Baca cerkon/dekon

‘Montaj’ karya sendiri, sempena Apresiasi 98.

Baca cerkon/dekon & Penulis skrip pentas

‘Zel’ cerpen asal Mawar Shafie, sempena Malam Perasmian Sekretariat Penulis Muda GAPENA 2002.
Pengarah & Pelakon

Pentomin ‘Cuit Hijau-Retromorfosis’ di Filipina- 98.

Eksekutif Publisiti

Teater ‘Jejak Pahlawan’ arahan Khalid Salleh.


Penerbit eksekutif & Penulis skrip adaptasi novel ke pentas.


Teater keliling monolog ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ adaptasi novel Hamka.

Pengurusan teater

Penyelaras Projek

Penulis Skrip / Pengarah Produksi

Teater ‘Anugerah’ karya Zaharah Nawawi,

‘Pelayaran Nur Atma’ karya Dato’ Noordin Hassan

‘Lantai T.Pinkie’ karya Dato’ A.Samad Said.

Teater ‘Bulan Menangis’ karya Sirodamosa.

Teater ‘Si Pemakan Hati’arahan Khir Rahman

PERSEMBAHAN & PUISI

Pengurus Produksi

Malam Puisi ‘Kata Kasih Mahkota Hati’ sempena Hari Ibu 2001.

Pembaca Puisi

‘Malam Puisi Artistik’ arahan Rahman Shaari.

Pengacara Majlis & Penulis Skrip persembahan

‘Malam Puisi Dunia’ di Rumah Pena, anjuran DBP.

Produksi

‘Malam Puisi Utusan ke 10’ 2003.

Produksi

Sayembara Puisi Merdeka Utusan-Exxon Mobil 2003.

Penyelaras Majlis, penulis skrip pengacara.

Majlis Malam Amal ‘Semarak Batik’, PERMATA UPM dan MAKNA.

PrOfiL SiTi JasmiNa


Nama : Siti Jasmina Ibrahim

Alamat : 25, Jln Enggang Timur 1, 54200 Taman Keramat, K.L.

No Tel : 03- 8946 8594 (pej)
012-234 2412

No Fax : 03-8656 6753 (pej)

Tarikh Lahir : 3 April 1976


Genre sastera : Cerpen, drama pentas, drama tv, novel, puisi, lirik, artikel, dokumentari, skrip pengacara dsb.


Pekerjaan : -Pengurus Kreatif di SQ Production (1997-2000)

-Pengurus Kreatif & Pemasaran Uniputra Production, UPM. (2000-2005)

-Penulis Profesional ( 1995 sehingga kini)


Penglibatan NGO : Naib Presiden Persatuan Penulis Wanita Malaysia yang
dinaungi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood. (1999-2004).

Setiausaha Sekretariat Penulis Muda GAPENA, (2003-2004).

SeLangKah Ke AlaM PeNulisaN


Setelah berjaya di dalam SPM, saya mendapat tawaran dua buah pusat pengajian. Pertama di UiTM Sabah di dalam jurusan undang-undang dan satu lagi di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dalam jurusan Penulisan Kreatif di peringkat Diploma. Pada tahun 1994, saya membuat keputusan yang diluar dari jangkaan keluarga, kawan-kawan dan saya sendiri. Saya pun tidak percaya apabila saya menolak jurusan yang akan menghampirkan cita-cita sebagai peguam, sebaliknya saya memilih satu dunia yang agak asing dan baru bagi saya iatu dunia seni dan sastera. Siapa sangka pilihan itu tidak sia-sia. Keyakinan keluarga, tidak sia-sia. Doa tulus arwah atuk semasa hayatnya dulu, wan, ayah, mak dan adik-adik mengiringi kejayaan. Saya berjaya. Mereka inspirasi saya. Alhamdulillah. Saya cemerlang di ASK dan rupa-rupanya bakat saya diikhtiraf juga di peringkat kebangsaan apabila karya saya berjaya meraih hadiah-hadiah sastera.

Dunia sastera juga telah membawa saya sehingga menjadi wakil Malaysia sebagai penulis muda di pertemuan seni Asia Tenggara di Filipina dan kemudian mewakili Malaysia ke Indonesia di dalam genre penulisan skrip drama pentas. Syukur. Baru saya tahu, apabila menjadi penulis, saya boleh jadi dan boleh memahami pelbagai ilmu dan kerjaya termasuklah peguam, apabila watak dan kajian di dalam karya saya menuntut pembinaan watak yang pelbagai bidang.

Sastera dan seni juga telah mendekatkan diri saya dalam mengenali kebesaran dan keindahan alam dan insan serta keAgungan Tuhan yang abadi. Sebagai orang Islam, menulis itu satu ibadah. Ia adalah kerjaya sepanjang hayat. Selagi akal dan ilham di beri oleh Allah, selagi itu bakat ini digunakan dengan sebaiknya. Bagi setiap penulis, itulah hasrat mereka. Menjadi penulis di zaman sekarang, bukan berangan dalam bilik saja, ia memerlukan gabungan kreativiti, pengalaman dan ilmu pemikiran yang melebihi dan melangkaui zaman. Mata pena lebih tajam daripada senjata bukan? Peranan penulis amat besar dan mampu menyerap pelbagai makna ke jiwa pembacanya.

Kini saya melanjutkan ilmu pengetahuan di dalam jurusan Komunikasi di Pengajian Eksekutif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia di perinkat sarjana muda.

Saya menamatkan zaman bujang pada 26 ogos 2005. Agak lambat juga bagi seorang perempuan berkahwin. Ya tak? Tapi itu jodoh. Semua ketentuan Tuhan. Syukur saya mendapat suami yang memahami jiwa, minat dan kerjaya saya. Dia juga terlibat aktif di dalam dunia seni. Anak seni. Dialah sahabat saya, dialah pencabar, pengkritik karya, seniman, dialah kekasih dan suami saya. Samalah juga saya kepadanya.

Itulah saja kisah kecil saya, Siti Jasmina Ibrahim….

Wednesday, April 1, 2009

SiTi JasMina: SaTu PeRmulAAn KehiDupan


Dilahirkan pada 3 April 1976 di Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Saya lahir di rumah. Asal keturunan ibu dan ayah dari negeri yang kaya dengan Adat Perpatih. Saya adalah anak sulung pasangan Tuan Hj.Ibrahim Hj Ismail dengan Puan Hjh.Siti Shabedah Hj Nasir. Saya mempunyai dua orang adik.

Menjadi anak sulung, telah mendidik saya menjadikan disiplin sebagai kemestian di dalam hidup.

Jika mengikut bintang orang Greek, saya di dalam keluarga Aries, jika mengikut tahun Cina, saya dalam tahun naga. Jika ikut saya, itu semua tidak penting. Yang penting adalah keyakinan diri datang dari kekuatan hati yang berisi dengan iman di dada dan ilmu pengetahuan yang luas.

Saya suka pada jiwa yang optimistik. Ketawa dan senyum di wajah dan senyum di hati akan mengubat banyak penyakit jiwa dan fikizal. Saya suka membaca dan makan (walaupun berdiet dan jaga kesihatan, tapi makan tetap makan… yang berpatutan).

Kalau sukan yang saya minat menonton, ialah tennis dan bola sepak. Macam lelakikan? Bila dah kahwin ni, suami saya pun suka dua sukan ini, jadinya ada geng hendak menonton. Kalau saya sendiri hendak bersukan, saya pilih badminton, bowling, bola jaring dan bola tampar.

Saya mengenali dunia persekolahan bermula di usia 6 tahun apabila ayah mendaftarkan saya di sebuah rumah banglo setingkat di Taman Keramat yang diberi nama Sekolah Tadika Manja. Di rumah banglo setingkat itulah saya mengenali dunia baru. Dunia berkawan, berguru dan berilmu. Saya suka belajar. Bukan hendak
membangga diri, tetapi keluarga saya turut akui dan mereka bercerita bahawa saya memang suka belajar, sehinggakan saya demam panas yang teruk pun, saya menangis hendak pergi ke sekolah.

Kemudian saya meneruskan pengajian di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat (1) selama 6 tahun. Bermula tahun 1983 sehingga 1988. Sekolah itu di hadapan rumah saja. Kalau waktu rehat, saya dan kawan-kawan seronok sebab nantinya wan (nenek dalam panggilan orang Negeri Sembilan) akan menghulurkan makanan yang sedap-sedap dari pagar sekolah. Jimat duit belanja.

Saya telah membuktikan minat belajar saya itu apabila ranking keputusan peperiksaan selalunya mesti 5 terbaik. Semasa darjah 1, 3 dan 5, saya dapat nombor satu dan terbaik dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. Selalunya hadiah yang ayah dan atuk beri ialah koleksi buku ilmiah dan buku cerita yang bersesuaian dengan usia saya. Waktu itu tak ada play station atau game video lagi, jadi bukulah hiburan dan teman saya. Mujur tak ada semua itu dulu, kalau tidak tentu saya tidak minta membaca.

Sewaktu itu saya masih tidak terfikir akan menjadi seorang penulis profesional. Saya selalu berangan hendak menjadi peguam. Dulu saya sangka jadi peguam senang, sebab perlu bercakap saja. Waktu sekolah rendah juga, sayalah Penolong Ketua Darjah dari darjah 1 hingga 6. Saya pengawas, pustakawan dan aktif di dalam Tunas Puteri sehingga wakil peringkat Daerah Gombak. Saya aplikasikan kemahiran bercakap, maklumlah nak jadi peguam.

Setelah mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR, saya meneruskan menimba ilmu di Sekolah Menengah Taman Keramat. Sebelah sekolah rendah. Setelah mendapat keputusan SRP yang agak baik juga, saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Asrama Penuh Mara Education Foundation College di Bangi. (ia MRSM yang diswastakan). Di sana saya belajar bersama dengan ramai anak-anak tokoh sastera terkenal tanah air, anak-anak menteri dan kerabat diraja di ketika itu. Satu cabaran juga kerana saya perlu bersaingan dengan pemikiran, budaya hidup dan kualiti akademik yang diharapkan oleh kolej. Alhamdulillah di sana saya banyak belajar bukan saja di dalam kuliah, tetapi juga di dalam hidup. Di sana saya mula berminat dalam penulisan apabila karangan saya selalu menjadi pilihan cikgu Bahasa Malaysia untuk dipamerkan dan dipilih sebagai karangan yang baik, tetapi cita-cita saya untuk menjadi peguam masih menebal walupun saya tahu, bukan sekadar bercakap saja baru boleh menjadi peguam. Saya mengambil jurusan Sains Tulen semasa menghadapi SPM.

Thursday, March 26, 2009

KeNali KehiDupan





Kalau semua nak tau, aku lah tuan punye blog ni.Nama aku Siti Muslihah bt Isnain. Nama glamer aku Cty je. Aku sekarang masih lagi menuntut di UPM, merupakan pelajar tahun akhir di FBMK.

Umur aku tahun ni mencecah 23 tahun. maknanya, aku dah selangkah ke alam pekerjaanla jugak ni..takut tu memang takut. Mana taknya, semua akan aku tempuh untuk hidup sendiri.

Aku anak kelima daripada enam orang adik beradik. Tapi tak bermakna aku ni anak manja tau. Dibesarkan dalam keluarga yang agak riuh jugak. Hehe.. tempat lahir aku dekat je dengan rumah yang aku tinggal sekarang ni. Kawasan dalam kawasan Batu Pahat jugakla.. Cuma aku dibesarkan dekat dengan rumah atuk.

Tapi sekarang ni semuanya dah tinggal kenangan. Masa kecik-kecik aku dah banyak tertinggal ke belakang..kampung pun dah bertukar bandar. Takde lagi ladang getah tempat aku bermain dulu. Kini semuanya jadi satu kenangan...huhu

Dalam blog aku ni, aku akan ceritakan serba sedikit tentang penulis yang merupakan idola aku dari dulu lagi. Pernah menuntut di fakulti yang sama dengan aku dan sekarang telah berjaya dalam bidang penulisan. Jom kita berkenal-kenal denagn siti jasmina Ibrahim..