Setelah berjaya di dalam SPM, saya mendapat tawaran dua buah pusat pengajian. Pertama di UiTM Sabah di dalam jurusan undang-undang dan satu lagi di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dalam jurusan Penulisan Kreatif di peringkat Diploma. Pada tahun 1994, saya membuat keputusan yang diluar dari jangkaan keluarga, kawan-kawan dan saya sendiri. Saya pun tidak percaya apabila saya menolak jurusan yang akan menghampirkan cita-cita sebagai peguam, sebaliknya saya memilih satu dunia yang agak asing dan baru bagi saya iatu dunia seni dan sastera. Siapa sangka pilihan itu tidak sia-sia. Keyakinan keluarga, tidak sia-sia. Doa tulus arwah atuk semasa hayatnya dulu, wan, ayah, mak dan adik-adik mengiringi kejayaan. Saya berjaya. Mereka inspirasi saya. Alhamdulillah. Saya cemerlang di ASK dan rupa-rupanya bakat saya diikhtiraf juga di peringkat kebangsaan apabila karya saya berjaya meraih hadiah-hadiah sastera.
Dunia sastera juga telah membawa saya sehingga menjadi wakil Malaysia sebagai penulis muda di pertemuan seni Asia Tenggara di Filipina dan kemudian mewakili Malaysia ke Indonesia di dalam genre penulisan skrip drama pentas. Syukur. Baru saya tahu, apabila menjadi penulis, saya boleh jadi dan boleh memahami pelbagai ilmu dan kerjaya termasuklah peguam, apabila watak dan kajian di dalam karya saya menuntut pembinaan watak yang pelbagai bidang.
Sastera dan seni juga telah mendekatkan diri saya dalam mengenali kebesaran dan keindahan alam dan insan serta keAgungan Tuhan yang abadi. Sebagai orang Islam, menulis itu satu ibadah. Ia adalah kerjaya sepanjang hayat. Selagi akal dan ilham di beri oleh Allah, selagi itu bakat ini digunakan dengan sebaiknya. Bagi setiap penulis, itulah hasrat mereka. Menjadi penulis di zaman sekarang, bukan berangan dalam bilik saja, ia memerlukan gabungan kreativiti, pengalaman dan ilmu pemikiran yang melebihi dan melangkaui zaman. Mata pena lebih tajam daripada senjata bukan? Peranan penulis amat besar dan mampu menyerap pelbagai makna ke jiwa pembacanya.
Kini saya melanjutkan ilmu pengetahuan di dalam jurusan Komunikasi di Pengajian Eksekutif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia di perinkat sarjana muda.
Saya menamatkan zaman bujang pada 26 ogos 2005. Agak lambat juga bagi seorang perempuan berkahwin. Ya tak? Tapi itu jodoh. Semua ketentuan Tuhan. Syukur saya mendapat suami yang memahami jiwa, minat dan kerjaya saya. Dia juga terlibat aktif di dalam dunia seni. Anak seni. Dialah sahabat saya, dialah pencabar, pengkritik karya, seniman, dialah kekasih dan suami saya. Samalah juga saya kepadanya.
Itulah saja kisah kecil saya, Siti Jasmina Ibrahim….

0 comments:
Post a Comment