Dilahirkan pada 3 April 1976 di Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Saya lahir di rumah. Asal keturunan ibu dan ayah dari negeri yang kaya dengan Adat Perpatih. Saya adalah anak sulung pasangan Tuan Hj.Ibrahim Hj Ismail dengan Puan Hjh.Siti Shabedah Hj Nasir. Saya mempunyai dua orang adik.
Menjadi anak sulung, telah mendidik saya menjadikan disiplin sebagai kemestian di dalam hidup.
Jika mengikut bintang orang Greek, saya di dalam keluarga Aries, jika mengikut tahun Cina, saya dalam tahun naga. Jika ikut saya, itu semua tidak penting. Yang penting adalah keyakinan diri datang dari kekuatan hati yang berisi dengan iman di dada dan ilmu pengetahuan yang luas.
Saya suka pada jiwa yang optimistik. Ketawa dan senyum di wajah dan senyum di hati akan mengubat banyak penyakit jiwa dan fikizal. Saya suka membaca dan makan (walaupun berdiet dan jaga kesihatan, tapi makan tetap makan… yang berpatutan).
Kalau sukan yang saya minat menonton, ialah tennis dan bola sepak. Macam lelakikan? Bila dah kahwin ni, suami saya pun suka dua sukan ini, jadinya ada geng hendak menonton. Kalau saya sendiri hendak bersukan, saya pilih badminton, bowling, bola jaring dan bola tampar.
Saya mengenali dunia persekolahan bermula di usia 6 tahun apabila ayah mendaftarkan saya di sebuah rumah banglo setingkat di Taman Keramat yang diberi nama Sekolah Tadika Manja. Di rumah banglo setingkat itulah saya mengenali dunia baru. Dunia berkawan, berguru dan berilmu. Saya suka belajar. Bukan hendak
membangga diri, tetapi keluarga saya turut akui dan mereka bercerita bahawa saya memang suka belajar, sehinggakan saya demam panas yang teruk pun, saya menangis hendak pergi ke sekolah.
Kemudian saya meneruskan pengajian di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat (1) selama 6 tahun. Bermula tahun 1983 sehingga 1988. Sekolah itu di hadapan rumah saja. Kalau waktu rehat, saya dan kawan-kawan seronok sebab nantinya wan (nenek dalam panggilan orang Negeri Sembilan) akan menghulurkan makanan yang sedap-sedap dari pagar sekolah. Jimat duit belanja.
Saya telah membuktikan minat belajar saya itu apabila ranking keputusan peperiksaan selalunya mesti 5 terbaik. Semasa darjah 1, 3 dan 5, saya dapat nombor satu dan terbaik dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. Selalunya hadiah yang ayah dan atuk beri ialah koleksi buku ilmiah dan buku cerita yang bersesuaian dengan usia saya. Waktu itu tak ada play station atau game video lagi, jadi bukulah hiburan dan teman saya. Mujur tak ada semua itu dulu, kalau tidak tentu saya tidak minta membaca.
Sewaktu itu saya masih tidak terfikir akan menjadi seorang penulis profesional. Saya selalu berangan hendak menjadi peguam. Dulu saya sangka jadi peguam senang, sebab perlu bercakap saja. Waktu sekolah rendah juga, sayalah Penolong Ketua Darjah dari darjah 1 hingga 6. Saya pengawas, pustakawan dan aktif di dalam Tunas Puteri sehingga wakil peringkat Daerah Gombak. Saya aplikasikan kemahiran bercakap, maklumlah nak jadi peguam.
Setelah mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR, saya meneruskan menimba ilmu di Sekolah Menengah Taman Keramat. Sebelah sekolah rendah. Setelah mendapat keputusan SRP yang agak baik juga, saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Asrama Penuh Mara Education Foundation College di Bangi. (ia MRSM yang diswastakan). Di sana saya belajar bersama dengan ramai anak-anak tokoh sastera terkenal tanah air, anak-anak menteri dan kerabat diraja di ketika itu. Satu cabaran juga kerana saya perlu bersaingan dengan pemikiran, budaya hidup dan kualiti akademik yang diharapkan oleh kolej. Alhamdulillah di sana saya banyak belajar bukan saja di dalam kuliah, tetapi juga di dalam hidup. Di sana saya mula berminat dalam penulisan apabila karangan saya selalu menjadi pilihan cikgu Bahasa Malaysia untuk dipamerkan dan dipilih sebagai karangan yang baik, tetapi cita-cita saya untuk menjadi peguam masih menebal walupun saya tahu, bukan sekadar bercakap saja baru boleh menjadi peguam. Saya mengambil jurusan Sains Tulen semasa menghadapi SPM.

0 comments:
Post a Comment